Want your
own Fotopage?










 
KeabadianCinta_DigitalAlbum

By: SitiSamsiHakimiArwahSyuhada

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage] | [Track this Fotopage]
[<<  <  [1]  2  3  4  >  >>]    [Archive]
Thursday, 24-Sep-2009 00:45 Email | Share | | Bookmark
Raya2009@chini

4 beradik cun
dgn azah
pagi raya posing depan rumah
konon2 nak pi raya
posing kereta paklang kimi
syamil hakimi raya 2009
hakimi dengan sepupu amirulhaziq
keluarga paklang kimi
cucu2 mak abah.. sorang takde ni nurhanani sofea
View all 20 photos...

Raya meriah sebab semua ada. ramai2 tolong menolong.. best...almaklumlah adik beradik ramai..Penat sangat sesampai cini jer trus mulakan aktiviti yg macam2 tuh termasuk bukak kelas jahit manik tuk adik bradik hehehe.... kesimpulannya semua baju raya ada manik tahun ni...

Alhamdulillah tak sangka pula hakimi ni dapat berpuasa penuh 16 hari tak termasuk puasa yang minum air jer tengahari... agak kuat betul tapi dah nampak tulang selangka la hehehe.. cian kat anak mama ni... hari2 mama kene belikan hadiah sebab puasa. Harap2 tahun depan hakimi dah 6 tahun boleh puasa penuh sebulan..

Antara menu raya tahun ni-
lemang
rendang daging
ketupat
kuah kacang
ketupat palas inti serunding daging best
sate ayam
sup tulang
kek oren
kek coklat
biskut+kerepek+kekacang
air hijau sluppee mysecret receipe
tapai marvelous kalau makan dgn aiskrim vanila

mmg cun 4 beradik nie!!! tp sorang je la single but not available yek???....siti n kakak cam kembar je.....kimi sronok tul beraya yek...yelah org puasa penuh 16hr tue...mmg ptt beraya sakan....terror la kimi leh thn 16hr pd usia 5 thn....mintak mama duit raya byk2 tau.... .....nnt ajak mama dtg rmh aunty yek.. Fri 25-Sep-2009 00:51
Posted by:nurul  - [Link]
wah kimi congratsss... tabik la.. berjaya pose 16 hari... takper next taun leh pose penuh nih... psstt, mama bg wet raye byk tak? kimi terer pose nih... hehhehee..
byk menu tu ct... tapai ngan eskerim vanila... wah, mmg mabelesss!!!
wooo tema biru yer.... encem la kimi... tu dia adik-badik ko... semer lebih kurang serupa jer.... mmg cun!! ahakss..

weh aku balik keratong ari khamis...
Fri 25-Sep-2009 15:24
Posted by:Leen  - [Link]
Add comment


Tuesday, 1-Sep-2009 10:45 Email | Share | | Bookmark
Arwah dah 2thn

 

teringat lagi 1st september untuk deliver adik hakimi. sekejapnya masa berlalu tapi tahun ni dah masuk bulan ramadhan. masa 2 thn lepas lagi 2 minggu nak berpuasa...puasa pun kene ganti sebulan. Lepas jer habis pantang dan masuk kerja, dah mula untuk ganti puasa yg 30 hari tuh.. fuh setiap bulan mesti puasa. bila tiba hari terakhir tu saya lega dan puas giler..rasa bebas dan bahagia... Alhamdulillah semuanya sudah aku lalui selama 2 thn untuk tabah menghadapi dugaan emosi ini... hanya padaMu sahaja aku berserah dan tempat untukku mengadu. sesungguhnya 2 thn ini mengajarku erti ikhlas seikhlas ikhlasnya dan redho pada hakikat/ takdir yang ditentukan.
hubby selalu pesan, bacalah surah alam nashrah untuk mendapat ketenangan.


BismillahirRahmanirRahim
Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani

أَلَمْ نَشْرَحْ لَكَ صَدْرَكَ
[1]Bukankah Kami telah melapangkan bagimu: dadamu (wahai Muhammad serta mengisinya dengan iman dan hidayah petunjuk) ?


وَوَضَعْنَا عَنكَ وِزْرَكَ
[2] Dan Kami telah meringankan daripadamu: bebanmu (menyiarkan Islam) -


الَّذِي أَنقَضَ ظَهْرَكَ
[3] Yang memberati tanggunganmu, (dengan memberikan berbagai kemudahan dalam melaksanakannya)?


وَرَفَعْنَا لَكَ ذِكْرَكَ
[4] Dan Kami telah meninggikan bagimu: sebutan namamu (dengan mengurniakan pangkat Nabi dan berbagai kemuliaan)?


فَإِنَّ مَعَ الْعُسْرِ يُسْراً
[5] Oleh itu, maka (tetapkanlah kepercayaanmu) bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan,


إِنَّ مَعَ الْعُسْرِ يُسْراً
[6] (Sekali lagi ditegaskan): bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan.


فَإِذَا فَرَغْتَ فَانصَبْ
[7] Kemudian apabila engkau telah selesai (daripada sesuatu amal soleh), maka bersungguh-sungguhlah engkau berusaha (mengerjakan amal soleh yang lain),


وَإِلَى رَبِّكَ فَارْغَبْ
[8] Dan kepada Tuhanmu sahaja hendaklah engkau memohon (apa yang engkau gemar dan ingini).

Quote:
nurul - terima kasih dengan mutiara kata seorang kawan.

semalam - kenangan, ari ni - perjuangan dan esok - harapan... sesungguhnya ALLAH sentiasa dengan orang2 yg sabar... Wed 2-Sep-2009 01:32
Posted by:magmarz
al-fatihah....tempat arwah sudah pasti di sana & ur one strong lady i ever knew....
Allah menduga atas kemampuan hambaNYA....& Allah TIDAK pernah ambil sesuatu yg kita SAYANG tanpa di ganti dengan sesuatu yg LEBIH BAIK....sebalik setiapnya ada hikmah yg tersembunyi....

Thu 3-Sep-2009 15:13
Posted by:nurul~mamazara
Add comment


Friday, 31-Jul-2009 07:59 Email | Share | | Bookmark
Outstation

My hubby pi pasir gudang untuk 3 hari.. biasalah kan org keje mengaudit ni slalu je kluar kan.. anak bini kene la tinggal. Alkisah, satu malam si hakimi tanya la si mama:
hakimi : ayah balik bila mama?
mama : hari khamis malam. Kenapa?
hakimi : hmm , lepas ayah balik, mama pegi outstation pulak ke? tinggal kimi?
mama : ha.. takdelah (terkejut+sedih). mama tak kene outstation dah sekarang ni.. dah jgn fikir2.. tidur je..
Kesian la pulak hakimi boleh pikir sampai macam tu skali. kesian kat dia mamaayah asyik tinggalkan dia je bergilir-gilir..

Agak tension gak hari ni. Hubby baru je balik semalam, bos tel dari sandakan, sabah suruh stanby weekend ni pi sana.. ni pasal exchange TM yg terbakar baru2 ni, ada la stanby nak config equipment...hah tak kuasa nak pi sorang2 pompuan kat sana. Kesian anak mama-hakimi sayang... hmm tak tau la cam ner tu..

Care to comment?


Thursday, 18-Jun-2009 10:35 Email | Share | | Bookmark
My Son

 
 
 
View all 27 photos...
Alhamdullilah, hakimi dah dapat terima kenyataan untuk ke sekolah.. dah tak merajuk,marah, moody, menangis macam dulu. Syukurlah semuanya sudah ok.. Mama perasan perubahan hakimi masa mama kene outstation ke Bukit Mertajam untuk 5 hari... Cuma sampai sekarang ni kalau nak pi sekolah, mama yg kene gosokkan gigi hakimi .. kalau cuti pandai la pulak tu... manja sungguh anak teruna mama sorang ni....
Ni antara hasil kreatif hakimi kat sekolah untuk mama sempena hari ibu- terima kasih sayang....dan keputusan periksa pertama hakimi. Walaupun dapat no.2 dlm kelas, tapi mama bangga hakimi memang rajin dan cepat belajar.. sampai buku darjah 5 pun sibuk nak tahu....



Sukan tadika di padang kolej telekom jln semarak. Excited tgk ragam budak2. Cikgu/AJK bertema purple. Hakimi pepagi cam monyok jer makan pun tak mau..emm enjin belum panas.. Seronok tgk gelagat budak2 ni.. paling susah cikgu ni nak handle budak 3 tahun... sorang nangis, semua nak ikut nangis gak.. Nasib baik la baju ikut tahun.. 6 thn warna kuning, 5 warna biru, 4 warna merah, 3 warna hijau..
Hakimi, menang no.2 bagi sukaneka individu 5 thn lari dalam guni+bawak guli dlm sudu. Menang no.2 juga bagi sukaneka berkumpulan badminton drag..Ayahnya pulak hari ini dalam sejarah baru nak merasa menang cabutan bertuah buat kali pertama dalam hidup. ..hmm dapat la seterika... tahniah2 jadik la tu.. Try la jugak masuk acara untuk ibubapa.. nama acara tu love of the ring... bunyi cam gempak.. sebenarnya kena gigit straw yg dimasukkan gelang getah pastu passing kat husband... guna straw jugak and then lari kumpulkan gelang getah tu dlm bekas...acara ni tak menang la sebab banyak saingan sampai 18 pasangan...tapi agak kelakar jer..penat mulut gigit straw tuh.



Hakimi menang.. nah amik simpan.. hakimi nak pegi kat kawan kat sana.. wah dah tak nak layan mama ngan ayah.. Lepas ni nak bawak balik kampung.. katanya nak tunjuk kat acu sebab paksu nya ni gimnas wakil negeri...Hakimi pun nak jadi cam acu....Mama+Ayah doakan hakimi berjaya dalam apa jua bidang..
Ingatlah Hakimi...usaha tangga kejayaan


biasalah siti...anak akak lagila...umur 6 dan 4 tahun tu..ada gak buat peel tak mo p sekolah..depa dua tu dah berakal pandai pulak argue dengan suami akak...dia cakap abi..kenapa mashitah dengan abang kena pegi sekolah, tgk diego tu..dia tak pegi sekolah pun duduk dalam hutan je...(cartoon diego yg cerita pasal binatang .. ) kalau akakla dah cubit depa tu tapi tu la nasib baik ada suami leh handle...suamikan selalu seorng penyabarkan siti..suami akak kata...nampak tak diego tu gunakan computer, gunakan camera...walau duduk di hutan deorng pegi sekolah..kalau tak macamana nak guna camera nak guna laptop betul tak? anak2 akak pun mengiyakan so takdakla kata takmo p sekolah...so jadi parents ni kena sabar siti..tapi akak kadang kurang gak sabonya..banyak keja lain nak buat hehehe....oh ye nak jemput siti kalau ada masa p blog akak ...rumah kedua http://athospira.blogspot.com/ >>info yang orng selalu tak tau...sesuai tuk orng yg rajin membaca.. Mon 13-Jul-2009 01:30
Posted by:shahrose  - [Link]
re: kena refresh la..adakala camtu adakala ada adakala takde....kalau akak tak bekam orng akak updatela fp dan blog...lagipun duk umah je hehehe...siti bila nak ada anak kedua pulak? akak dah tak leh dah sebab 3 kali ceaser...ni pun process nak kuruskan badan...beso sangat dah ni siti takpe badan cun lagi.. Tue 14-Jul-2009 05:11
Posted by:shahrose  - [Link]
kimi gie sports day!! da besar anak bujang nie yer...da cam budak primary...kimi sama cam aunty la rumah biru time sekolah...dr primary till secondary..xpe rumah biru selalu jd johan tau! byk pingat kimi dpt tue...mesti aktif sukan cam ayahnye gak...mama pun aktif x??? kimi pun kena jadi pom-pom girl ke? kecik2 xde hal punye...da besar nampak pelik la.....
take care darling!!
Mon 20-Jul-2009 05:50
Posted by:nurul  - [Link]
View all 7 comments Add comment


Wednesday, 27-May-2009 22:12 Email | Share | | Bookmark
KerjaOhKerja

 

Hmm penat tul lah kerja thn ni. Sesaja abadikan gambar2 yg sempat ambik masa buat kerja ni. Manalah tau suatu hari nanti bleh kuar dari unit ni yg bagi aku best banyak jalan2 round the world, banyak claim, banyak elaun, banyak jugak ilmu broadband. Walaupun banyak segala2nya tapi bagi aku tiada ertinya kalau ke sana ke sini meninggalkan famili, kerja asyik terpaksa jer sebab bos aku ni tak kira, sesuka hati badak dia jer campak kat mana2 apa kerja pun kena buat....kalau bidang aku tu takpe gak... hah geram+tension tul.

Gambar ni masa buat testing kat cyberjaya kat bilik Fiber. Aku rasa kalau sorang2 buat memang mati kutu takde geng. Nasib baiklah testing ni berjaya akhirnya. Banyak tul halangannya sampai 3 hari lah kat sini
Quote:
geng, kalau nak tiap2 bulan masyuk, meh la join the club-TeM_ANOC

wah! byk maysuk tu x pe........ Fri 5-Jun-2009 09:50
Posted by:ibu akma&sofea  - [Link]
takper.. jd org2 expert kat ANOC.. tu la yg boss tak lepas tuh.. hehee..
wah, byk masyukk tuh...
Tue 16-Jun-2009 08:03
Posted by:Leen  - [Link]
siti keja apa ye...takpe siti...kalau buat keja tension2 ni kalau masyuk tu banyak...berbaloi apa... oh ye nak jemput siti masuk rumah kedua akak...kalau orng rajin membaca dipersilakan tambah ilmu pengetahuan yg rata2 orng Islam tak tau dan tak pernah ambik tahu >> http://athospira.blogspot.com/ Thu 18-Jun-2009 01:54
Posted by:shahrose76  - [Link]
View all 5 comments Add comment


Friday, 1-May-2009 11:25 Email | Share | | Bookmark
CallingForPulauRedang

 
 
 
View all 93 photos...


Cuti-cuti di pulau redang, pakej 3hari 2mlm RM680 di REDANG LAGOON RESORT termasuk feri pegibalik, aktiviti snorkeling 2kali & makanminum ..tambah RM5 dewasa, RM2 kanak2 untuk ke marin park/taman laut pulau redang..

Memang excited tengok air warne hijau, bersih cantik sangat, boleh nampak ikan nemo dari atas bot...subhanallah..

Kat pulau redang ni rupa2nya ada kampung... ingatkan resort je. ni pun sebab masa nak naik feri tuh kami tersaing dengan org yg baru kluar hospital t'ganu lepas bersalin nak balik rumah dia kat kampung pulau redang ni. Jadi, feri yg kami naik ni akan ke jeti kampung lah... sesapa nak ke resort selain Berjaya Redang Resort (resort ni mahal skit) kenelah transit bot pulak...Rasanya tak sesuai kalau bercuti bersama keluarga yg ada anak kecik. Agak leceh sebab kene transit dari feri ke bot biasa untuk ke resort. Kalau ada jeti takpe gak, ni main langkah2 bot..

Alkisah pada petang yg panas terik di PulauRedang, untuk aktiviti snorkeling ni botnya tak parking pun kat jeti.. kitorang kene mengharungi air laut dari pantai ke bot tuh.. jalan punya jalan dah sampai ketengah laut nak ke bot tu tetiba kaki tak jejak dasar ..apa lagi panik la sebab dah terapung.. menjeritla...hmm dah lah tak pandai berenang, air dah masuk idung, Hakimi pun menjerit2..ni dah ala2 lemass anak beranak....hubby yg pegang camera pun tak dapat nak tarik aku...at last camera rosak masuk air & org yg bawak bot tu(muka cam nabil pelawak tu) pun tarik aku ke pantai.. ..Lepas kejadian tu anakk beranak cam fobia je..siap kene perli ngan org bot tu lagi .. sesapa yg tak pandai berenang tak yah turun untuk snorkeling, kat pulau ni takde spital, mati dulu kalau nak ke spital kat kuala ganu...

Tapi agak puas mandi laut.. bila lagi kan nak try pulau ni..
pesanan untuk member2 kalau nak pi pulau kenelah tunggu anak besar dulu key...

Quote:
watie : tu kitorang dapat harga murah untuk 2 dewasa 1 budak

RE: Thanks gak... Mon 18-May-2009 00:21
Posted by:Emy emyyuzreena85@gmail.com  - [Link]
salam.. itu pakej 680 tu untuk seorang ker.. atau tuk 2 orang.. Tue 19-May-2009 06:53
Posted by:watie>>>>  - [Link]
A'kum...
Saya tertarik dengan gambar2 percutian akak sekeluarga di Redang...
Saya nak dapatkan sedikit info...mcm mana sy blh mnghubungi akak?
Fri 12-Jun-2009 09:01
Posted by:Izza izza_sbc_upm@yahoo.com
View all 7 comments Add comment


Saturday, 18-Apr-2009 15:21 Email | Share | | Bookmark
MalaysiaLogisticCheras

buat cam umah sendiri
penat..muka dah gatal2
Mr Jaya
View all 5 photos...
Duk kat TeM ni macam2 kerja kene buat. Oleh kerana equipment tu besar gedabak dan tak muat masuk kreta, so terpaksalah membuat kerja2 pertukangan. tapi seronok jugaklah pertama kali masuk gudang yang besar macam ni...

Quote:
RE : Yuzie - aku tak saba nak kuar TeM ni... bos memaksa aku terpaksa..ingat nak try unit lain plak... penat dah buat macam2.....tak dapat pekerja cemerlang pun

oo ni yer keje ko dgn Jaya hahaha...
ni keje TM ke keje gudang ni??
Mon 20-Apr-2009 05:08
Posted by:yuzie
Add comment


Saturday, 11-Apr-2009 15:53 Email | Share | | Bookmark
MemancingUdangHarimau

Sesaja join pertandingan memancing udang, ANOC. Dapatlah lebihkurang 100gm udang harimau. Enjoy dapat mancing&pegang udang idup2 .. walaupun tak menang tapi puas dapat bawak balik udang yg segar tu.
pernyertaan = rm 45 seorang untuk 4 jam


Care to comment?


Tuesday, 17-Mar-2009 11:21 Email | Share | | Bookmark
JalanJalanKuantan

Jalan-jalan kat taman teruntum sambil lepak makan rojak ayam & sotong ngan adik2ku, mak_abah&atok
bebudak naik motor - RM3
naik krete - RM5
naik mini bike - RM10
enjoy...

Care to comment?


Tuesday, 3-Mar-2009 06:39 Email | Share | | Bookmark
Birthday Time

i'm 5
blueberry cake
 
View all 6 photos...
03-03 Syamil Hakimi 5 Tahun


03-03-2009 tahun ni hari SELASA, sambut birthday kat sekolah ajelah.. Mama belikan kek dan sediakan 30 guddies untuk kawan2 sekelas Hakimi. Ni semua untuk gembirakan Hakimi dengan kawan2 dan cikgu. Mama doakan semoga Hakimi sentiasa ceria dan rajin ke sekolah.


happy belated birthday hakimi! welcome to 5 years old! makin terror la anak mama ni nanti Wed 4-Mar-2009 04:46
Posted by:anor member lama dak_ina78@yahoo.com.sg

cool pix for the nice entry
kipidap
Sat 11-Apr-2009 23:40
Posted by:mknace mknace@gmail.com  - [Link]
Add comment


[<<  <  [1]  2  3  4  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2008.